Saturday, May 2, 2009

FILEM-FILEM LAMA PECAH PERUT

Saturday, May 2, 2009
1. JEJAKA PERASAN
N.D Lala, Salih Yaacob dan Badol sewa bilik kat rumah Hamid Gurkha. Hamid Gurkha ada anak dara, Tantiana. Last-last, N.D Lala gopren bopren dgn Tantiana. Antara scenes yang best:
  • Salih Yaacob and Badol mandi sabun sambil menari lagu Part Time Lover.
  • "Jgn masok dis areo. Dis areo banyok boyo."
  • Badol and Ibrahim Pendek nak adjust pelakon baru, last2 kena taboh dgn jayanya.
2. GILA-GILA REMAJA
Faizal Hussien jadi hero nama Azroy. Heroin nama Suziana. Watak jahat nama Farouk. Rosham Nor pun ada, nama Remy. Cerita budak2 kolej zaman Breakdance, motor Scrambler, basikal BMX. Antara scenes yang best:
  • Azroy and the gang mengurat cikgu sendiri kat bus-stand.
  • Liza Burung Hantu dan Kuzi.
  • Suziana bancuh kopi boh gula banyak kat Azroy.
3. ADIK MANJA
Cerita pasal Cikgu Azmi, lakonan Dharma Al-Rashid sembunyi baby yg dia jumpa di klinik masa dia on the way nak pi posting di sekolah baru. Heroin dia Cikgu Sharina lakonan Norkumalasari. Student naughty lakonan Shasha. Cikgu kepochi nama Cikgu Bedah lakonan Adibah Amin. Antara scenes yang best:
  • Cikgu Dharma ajar menari masa PJ.
  • Cikgu Dharma buat experiment buat susu dari tumbuhan.
  • Cikgu Dharma pakai baju kebaya ketat masuk asrama perempuan.
4. MARAH-MARAH SAYANG
Cerita tiga bujang lelaki and tiga bujang perempuan hidup berjiran yang last2 kahwin. Bujang lelaki lakonan Shah Reza, Isma Alif dan Ebby Saiful. Bujang perempuan semua nurses kat clinic lakonan Norlida Ahmad (Connie), Liza Abdullah dan Suhaina Yahya. Antara scenes yang best:
  • Lagu nak pujuk isteri, Buka Pintu Sayang, lepas depa balik mabuk.
  • Berlakon buta untuk cari duit.
  • Scene mengurat the girls.
5. ALI SETAN
Yang ni paling best. Azmil Mustafa jadi pelajar senior mengurat freshie nama Asmidar kat USM. Ada Shah Reza, Ebby Saiful. Izi Yahya watak jahat nama Jeff. Sheila Majid pun ada, nama dia Tipah. Antara scenes yang best:
  • Ali kena baling telur kat atas keretapi.
  • Ali kena denda pumping pasal kawad mengadap Asmidar.
  • "Ooo. Tapah Road. Saya ingat sakit perut."
6. AZURA
First time Jamal Abdillah berlakon. Nama Jamal is Zack, anak orang kaya lakonan A. Galak. Dia bercinta dengan Azura, tapi family dia confirmlah tak suka. Syed Sobrie jadi best friend Jamal. Raffie Hussien pun ada. Antara scenes yang best:
  • Yusni Hamid halau Azura keluar rumah waktu hujan lebat gila.
  • Azura bagi syarat potong jambul kalau Zack nak kawan dengan dia.
  • Jamal jerit Azuraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.
7. DARAH SATRIA
Filem ni patriotik abih. Aman Shah jadi hero. Dia balik kampung bercuti dari latihan askar, terbekenan kat Lidyawati, gadis kampung. Badul dengan Tawel jadi askar lawak dalam filem ni. Antara scenes yang best:
  • Aman Shah ikut Lidyawati jalan sebab nak tengok muka berselindung di balik tudung.
  • Badul mimpi hantu kat dalam rumah tengah hutan.
  • Badul jadi hero tawan tiga orang komunis.
8. MEKANIK
Lawak gila yang ni. Azmil Mustafa jumpa duit rompakan bank kat dalam teksi dia. Perompak cari dia balik laa. Susan Lancaster jadi perempuan jahat. Yusof Haslam orang Italy, ketua segala perompak yang selalu kata Mama Mia! Opening cerita ni Azmil 'operate' kereta Ahmad Tarmimi Serigar. Antara scenes yang best:
  • Susan Lancaster - "Orang putih ka, orang hijau ka, orang merah ka, orang coklat ka, orang biru ka, kita kan orang Malaysia kan?"
  • Dating makan kat gerai kotor, so Azmil and Susan masuk ke restoran berdekatan, rupanya restoran tu pun order kat gerai yang sama.
  • Azmil pakai baju perempuan siap bubuh limau kat dada sebab nak escape from being caught cheating.
Apa lagi ya filem lama-lama?

6 comments:

  1. erkkk..howdehel u remember all those movies?? and nak tambah sket yg cita azura tu, anak sapa tu zack?? kan famos quote tu..pastu cita ali setan..tipah tertipu bang..

    ReplyDelete
  2. hahaha, hang pun ingat no. ada lagi movies lama2 yg kita kena recap.

    ReplyDelete
  3. wei Piena, set-set filem Badul ok dak?... Badul dolu2 banyak cerita lawak...Hat rajin belakon sama ngan dia, Yahya Sulong, Brahim Pendek, Mak Enon, Mamud June bla..bla...

    ReplyDelete
  4. wakakaka. filem2 ni time kita kecik dulu kira lawak abih hati dah ni. pasni kita tulis pasal filem2 hantu pulak.

    ReplyDelete
  5. apa lah lu, bukan yusni hamid, ttp yusni jaafar

    ReplyDelete
  6. hahahahahaha. malunya, silap yusni lah pulak!

    ReplyDelete